Do you think Prime Minister Najib should resign ? Why ?

Showing posts with label SUPP. Show all posts
Showing posts with label SUPP. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

CERITA SIBU


Sejak bermulanya pilihanraya kecil kawasan parlimen Sibu, kita percaya bahawa semua rakyat Malaysia sudah pasti tahu bahawa wujudnya satu tempat yang dikenali sebagai Sibu. Bagi penduduk di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), Sibu adalah antara bandar utama yang penting dan terkenal dalam aspek pentadbiran, pentadbiran serta pelancongan. Akan tetapi, berapa ramai orang yang betul-betul tahu tentang sejarah Sibu ?

Pada zaman 1900-an, pembangunan bandar Sibu bermula dengan kedatangan saudagar-saudagar Cina dari Foochow, China yang diketuai oleh Wong Nai Siong. Setelah beliau mengadakan perbincangan dan perjanjian dengan pihak British, iaitu Gabenor James Brooke pada masa itu, perubahan yang besar telah berlaku di Sibu sehingga bandar itu menjadi tempat yang terpenting selain Kuching dan Miri. Antara tempat yang membanggakan penduduk Sibu termasuk pasar pusat Sibu (Sibu Central Market), candi Tua Pek Kong (大伯公庙) dan papan penunjuk tempat yang mempunyai bahasa Cina.

Hari ini, kalau kita lihat keadaan Sibu,kebanyakan penduduknya masih adalah kaum Cina yang mencapai 60%, diikuti dengan kaum Iban dan Melanau. Selain itu, penduduk Sibu juga telah biasa dengan satu tradisi yang diwarisi sejak dahulu, iaitu banjir semasa hujan lebat. Pada masa yang sama, kita dapat lihat perbezaan taraf kehidupan, kesihatan dan kemudahan awam adalah sangat tinggi. Semua masalah ini dapat diselesaikan dengan serta-merta oleh Perdana Menteri kita yang berwibawa, Najib dalam insiden apabila beliau dengan murah hatinya menjanjikan RM 500,0000 kepada penduduk-penduduk Rejang Park tetapi dengan syarat Barisan Nasional menang dalam pilihanraya kecil Sibu.

Dalam perkara ini, kita tertanya-tanya tentang persoalan yang sama seperti dalam kisah Hulu Selangor.Pihak mana yang patut bertanggungjawab ? Bukankan setiap tahun kerajaan kita yang kaya akan memperuntukkan sejumlah wang kepada wakil-wakil rakyat untuk membantu memajukan kawasan masing-masing ? Mengapakah perkara yang membanggakan rakyat Malaysia ini boleh berlaku ?

Kawasan tempat terlalu besar ? Bilangan penduduk terlalu ramai ? Jumlah wang terlalu sedikit ? ‘Feng Shui’ tak baik atau Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud terlalu tua ? Saya rasa soalan-soalan ini terlalu sukar untuk dijawab.

Keputusan pilihanraya kecil Sibu sudah menjadi kenyataan, iaitu Wong Ho Leng dari DAP telah berjaya menawan semula kawasan tersebut sejak 1982 dengan memperolehi 18845undi dan Robert Lau Hui Yew dari SUPP mendapat 18447 undi. Akhirnya Kerajaan BN telah gagal menawan hati masyarakat di Sibu dengan kekurangan 398 undi, iaitu hasil daripada perbelanjaaan lebih daripada seratus juta. Tetapi apa yang saya tidak akan lupakan adalah makanan tradisi Sibu yang masih kekal sama seperti Kampua noodles(干盘面) dan Dian Mian Hu(鼎边糊). Saya berharap keadaan penduduk-penduduk di Sibu dapat berubah dan sekiranya saya berpeluang, saya pasti akan melawat ke Sibu untuk mencuba pelbagai jenis makanan tradisi ini.

Saturday, May 15, 2010

PERTANDINGAN BERMULA LAGI


Nama Pertandingan : Pilihanraya Kecil
Tempat : Sibu, Sarawak
Tarikh: 8 – 16 h/b Mei 2010
Nama peserta-peserta:


UTAMA
1.Robert Lau Hui Yew (BN – SUPP)
2.Wong Ho Leng (PR – DAP)

Kedua-dua wakil ini adalah calon utama kerana mereka mendapat sokongan pihak masing-masing.
(BN- UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN manakala PR – PKR, DAP dan PAS)

SAMPINGAN
3.Narawi Haron (bebas)
Wakil ini adalah calon sampingan kerana dia dikatakan pasti kalah.

Barisan Nasional berlawan dengan Pakatan Rakyat
Pusingan Pertama
Kedua-dua calon adalah peguam yang mempunyai latar belakang profesional.
1 : 1

Pusingan Kedua
BN mendapat sambutan daripada 3000 penyokong, berbanding dengan PR yang hanya mempunyai kira-kira 300 penyokong pada hari penamaan calon.
1 : 0

Pusingan Luar Biasa 1
Perdana Menteri kita, Najib yang juga Menteri Kewangan dengan murah hatinya memberi bantuan kewangan sebanyak RM 1800,0000 kepada sekolah-sekolah yang membabitkan 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (RM 10 juta) di Sibu, 5 sekolah menengah persendirian Cina Sibu (RM 5 juta), Sekolah Kebangsaan St Mary Sibu (RM 1 juta) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta), berbanding dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai modal politik yang begitu besar.
1 : 0

Pusingan Luar Biasa 2
Perdana Menteri Najib telah mengalahkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sekali lagi dengan memberi bantuan kewangan sebanyak RM 3000,0000 kepada masyarakat Iban yang miskin dan menjanjikan RM 500,0000 kepada penduduk Rejang Park sekiranya BN menang.
1 : 0

Pusingan Luar Biasa 3
Kehadiran Perdana Menteri Najib telah menarik perhatian daripada lebih kurang 3000 orang manakala ceramah politik yang dianjur oleh pihak DAP berjaya mendapat perhatian daripada lebih kurang 15000 orang pada malam sebelum pilihanraya kecil.
0 : 1

Pusingan Terakhir
? : ?

Kita tunggu dan lihatlah keputusan esok.

Visitors

Powered By Blogger