Do you think Prime Minister Najib should resign ? Why ?

Saturday, April 10, 2010

ERTI DI SEBALIK RM100 (2)


Akan tetapi, erti RM100 adalah berlainan bagi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan. YB yang mulia ini juga mengucapkan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana bagi beliau, nilai warga emas kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hanya kurang daripada RM10 sebulan.

Jelaslah dari sini, nilai RM100 mambawa erti yang berlainan bagi setiap orang:
Bagi warga tua Pulau Pinang, RM100 adalah tanda penjagaan dan kasih sayang daripada kerajaan.

Bagi Lim Guan Eng, RM100 adalah tanda penghargaan dan kepastian untuk memanfaatkan warga tua.

Bagi Shahrizat yang kaya and penuh dengan kasih sayang, RM100 mungkin adalah tanda takziah yang diberikan kepada warga tua miskin yang bakal menemui ajal untuk membuat persiapan dalam pengurusan hal pengebumian.

Bagi saya, RM100 telah menggambarkan keperluan kerajaan untuk menilai semula keputusan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan tanpa pembaziran yang bukan-bukan.


Tahukan anda kerajaan kita memperuntukkan RM50,000,000.00 setahun kepada 650,000 pelajar-pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina?
Setiap WARGA EMAS PULAU PINANG mendapat RM100/tahun.
Setiap PELAJAR SRJK(C) MALAYSIA mendapat kurang daripada RM80/tahun.


Akhir sekali, marilah kita bersama-sama mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana setelah pemimpin berkaliber ini kalah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, beliau dapat menjadi Menteri hanya dengan satu cara, iaitu merendahkan maruah diri untuk dilantik sebagai Senator.

Inilah suara rakyat.

No comments:

Post a Comment

Visitors

Powered By Blogger