Do you think Prime Minister Najib should resign ? Why ?

Monday, April 26, 2010

KISAH HULU SELANGOR



Sebelum pilihanraya kecil diadakan, kita percaya bahawa tidak ramai orang yang betul-betul mengetahui tempat ini , kecuali sabagai sebuah daerah di negeri Selangor. Sejak kebelakangan ini, kita selalu dapat menonton rancangan televisyen yang mengenai tempat ini, disebabkan oleh pertarungan hebat antara parti-parti politik. Dari rancangan-rancangan tersebut, kita boleh mendapati bahawa sebenarnya penduduk-penduduk tempatan di sini amatlah kasihan.

Walaupun negara kita Malaysia sudah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, tapi kita boleh rasa tempat ini masih tidak berubah seperti dahulu. Suausana di sini masih begitu aman, pemandangan masih begitu indah, dan yang paling menarik perhatian orang ramai adalah pembangunan di kawasan Hulu Selangor, masih begitu cepat sehingga terhenti bertahun-tahun.

Dalam perkara ini, pihak mana yang patut bertanggungjawab ? Bukankan setiap tahun kerajaan kita yang kaya akan memperuntukkan sejumlah wang kepada wakil-wakil rakyat untuk membantu memajukan kawasan masing-masing? Mengapakah perkara yang membanggakan rakyat Malaysia ini boleh berlaku ?

Kawasan tempat terlalu besar ? Bilangan penduduk terlalu ramai ? Jumlah wang terlalu sedikit ? ‘Feng Shui’ tak baik ?

Saya rasa jawapan ini terlalu sukar untuk dijawab.Tapi, apa yang mengharukan saya adalah gambar-gambar yang menunjukkan keadaan penduduk di kawasan FELDA semasa menerima wang bantuan daripada kerajaan BN yang berbelas kasihan, kegembiraan yang ditunjukkan oleh pihak sekolah Cina ketika mereka dengar hadiah sebanyak RM 3000000 yang kononnya wang rasuah sekiranya BN menang dalam pilihanraya kecil tersebut. Keriangan mereka seolah-olah memberitahu kita semua bahawa mereka tidak pernah mendapat kebajikan daripada kerajaan yang begitu baik dalam seumur hidup, kecuali dalam pilihanraya kecil pada kali ini.

Keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor sudah menjadi kenyataan, iaitu P.Kamalanathan berjaya mandapat 24997 undi dan Ziad Ibrahim mendapat 23272 undi. Akhirnya Kerajaan BN telah berjaya menawan hati masyarakat di Hulu Langat dengan hanya membelanjakan RM 167000000 untuk memperoleh 1725 undi kemenangan. Tetapi apa yang saya tidak akan lupakan adalah kehidupan masyarakat di Hulu Langat yang masih begitu telus dan tradisional, tidak tercemar oleh gejala-gejala politik yang kotor dan menakutkan.

Saya berharap penduduk-penduduk di Hulu Selangor tidak akan diabaikan oleh kerajaan lagi dan sekiranya saya berpeluang, saya pasti akan melawat ke tempat yang menarik ini.

Inilah suara rakyat.

No comments:

Post a Comment

Visitors

Powered By Blogger