Do you think Prime Minister Najib should resign ? Why ?

Saturday, April 10, 2010

ERTI DI SEBALIK RM100



Apakah ertinya RM100 ? Berapakah nilai RM100 ?
RM100 boleh dinilai dengan kiraan seperti di bawah:
100 = 1 x 100.00
100 = 2 x 50.00
100 = 10 x 10.00
100 = 20 x 5.00
100 = 100 x 1.00
100 = 200 x 0.50
100 = 500 x 0.20
100 = 1000 x 0.10
100 = 2000 x 0.05
100 = 10000 x 0.01


Sebenarnya, program yang dijalankan oleh kerajaan Pulau Pinang yang memberi RM100 setiap tahun kepada warga emas/warga tua yang telah berumur 60 dan lebih mempunyai ertinya. Selama ini, kita tidak pernah lihat kerajaan pusat dan kerajaan negeri memberi bantuan secara sah dan terbuka kepada warga tua yang selalunya diabaikan. Walaupun kadang-kala kita dengar bahawa kerajaan telah memperuntukkan wang kebajikan berjuta-juta ringgit dalam bantuan dan penjagaan warga tua di negara. Tapi, saya lebih percaya penglihatan daripada pendengaran.

Walaupun RM100 setahun nampaknya tidaklah bermakna sangat jika digunakan dalam kehidupan setahun, tapi erti di sebaliknya adalah penting. Semasa Ketua Menteri Lim Guan Eng menyerahkan RM100 kepada seorang warga tua India, dia berasa amat terharu sehingga menangis dan mencium muka beliau. Hal in disebabkan dia tidak pernah mendapat wang tunai sebegini daripada pihak kerajaan dan ini adalah kali pertama baginya. Mesej yang dibawa oleh pemberian RM100 adalah jelas kerana ini menunjukkan bahawa kerajaan dapat memberi bantuan kewangan kepada warga emas sekiranya kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan yang tidak bermanfaat dan membanteras rasuah yang menjejaskan ekonomi negara.

1 comment:

  1. Yeah good job.

    But should be more specify, some warga emas are very rich...lolz

    ReplyDelete

Visitors

Powered By Blogger